Entah berapa lama dia direnungipun dia tidak kisah. Seperti dia sudah biasa direnung sedemikian rupa. Lantas dia membayar harga majalah yang dibelinya dan berlalu dari situ. Masih dirasakan dia direnungi sekalian masyarakat di sekelilingnya. Dya mengatur langkah pantas meninggalkan tempat itu, menuju ke arah sebuah bas ekspres yang menunggu para penumpangnya memenuhi ruang-ruang tempat duduk sebelum bergerak menuju ke destinasinya.
Ketika dia menaiki bas itupun masih dirasakan ada sahaja pasangan mata memandangnya. Pun, dia acuh tak acuh saja. Sambil membelek-belek tiket bas, matanya melilau mencari nombor tempat duduknya. Mujur belum ramai orang yang menaiki, memenuhi bas tersebut. Pantas dia menyimpan bagasinya di ruang simpanan atas dan duduk di kerusinya. Menghela nafas lega. Penat, barangkali. Majalah yang dibelinya tadi dikeluarkan dari beg sandangnya. Membelek-belek muka utama dengan separuh minat. Sekali-sekala melepas pandang ke luar jendela bas. Masih ramai orang yang menunggu bas yang belum kunjung tiba. Dia menarik tirai bas, menutupi pandangannya dari khalayak yang semakin ramai di perhentian bas itu.
Perlahan-lahan, bas yang dinaikinya dipenuhi orang. Masing-masing dengan kerenah tersendiri. Dia masih membelek majalah yang terletak di atas pahanya tanpa minat, sekali-sekala mengerling ke atas jam tangannya. Dia mendengus.
“Maaf cik. Minta tiket,” suara itu memecahkan kebeningan bas itu.
Dia memandang ke arah pembantu pemandu bas tersebut. Dia tersedar bahawa sekian lamanya dia hanyut dalam fikiran sendiri. Dia membuka zip beg sandang, mencapai tiket bas dan disuakan kepada pembantu pemandu tadi. Semakan dibuat dan tiket dipulangkan semula kepada tuan empunyanya. Dia memerhati sekitar bas yang sudah dipenuhi orang. Tidak lama kemudian, bas itu perlahan-lahan beredar meninggalkan perhentian itu. Dia terus hanyut ke dalam fikirannya, melayang entah ke mana…
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
“Ah, dah sampai pun. Kenapa tak telefon awal-awal? Boleh Pak Su ambil cuti sekerat hari.”
“Tak perlu susahkan Pak Su. Saja nak kejutkan Pak Su.”
Pak Su membantunya mengangkat bagasinya ke dalam bonet kereta. Mereka kemudiannya beredar dari stesen bas. Sepanjang perjalanan dia merenung ke luar tingkap kereta. Suara DJ radio mengisi ruang kereta, di samping bunyi enjin kereta yang banyak menelan suara DJ tersebut.
“Pelik jugak kamu ni. Orang berpusu-pusu berkejar ke bandar nak kerja. Kamu pulak…” Suara Pak Su memecah buntu. Dia berpaling ke arah Pak Su, mengukir senyum tawar.
“Kampung tenang, tak perlu runsing banyak perkara,” ujarnya sambil berpaling semula ke arah tingkap kereta. Dirasakannya kereta berhenti, pun masih dia memerhati suasana luar kereta.
“Dah sampai. Tak nak turun ke?” Suara Pak Su sekali lagi memecah buntu.
Dya perlahan-lahan membuka tali keledar dan pintu kereta. Pak Su dilihatnya sibuk memunggah bagasinya ke hadapan pintu masuk rumah. Dia termangu-mangu di muka pintu, terkenang nostalgia. Semenjak keluarga dan saudara-mara yang lain berpindah ke bandar rumah itu dibiar tak berpenghuni. Cuma Pak Su saja yang menghuni rumah nostalgia itu. Arwah nenek enggan mewariskan rumah itu kepada saudara mahupun waris yang lain, melainkan Pak Su.
“Yang tercegat kat depan pintu nape?” Seloroh Pak Su.
“Pak Su ni… Orang nak flash back pun kacau daun,” dia berseloroh kembali.
Mereka melangkah masuk ke dalam ruang rumah. Tak banyak perubahan, cuma sofa dan langsir ruang tamu yang berganti warna dan rupa – sofa rotan dan coffee table rotan lengkap satu set, set langsir hijau muda menghiasi frem tingkap rumah. Interior lain: rak set pinggan mangkuk klasik milik arwah nenek masih di tempatnya, di dinding menghala ke arah ruang makan dan dapur, di atas rak masih terletak rapi frem ayat-ayat suci Al-Quran, ruang makan: masih sama, mungkin bertukar set meja makan saja.
“Macam rumah orang pompuan,” selorohnya lagi. Pak Su cuma senyum tawar.
“Apa nak buat… Dah hobi interior design, ni je la yang Pak Su boleh buat. Nak ubah banyak-banyak kang, arwah nenek bukannya suka dengan selera Pak Su ni,” ujar Pak Su. Dia mengerti. Arwah nenek agak klasik cita rasanya berbanding Pak Su, walaupun dia sudah sekian lama menghuni rumah dan kampung itu.
“Pak Su kan dah boleh beli rumah kat KL nu, nape nak duduk sini gak? Macam-macam boleh
buat: interior Ikea ke, Fella Design ke, SSF ke…”
“Habis tu, rumah ni sapa nak jaga?”
Betul juga. Mereka melangkah ke sebuah bilik kosong yang terletak di hadapan ruang solat rumah, selepas ruang makan. Pak Su membuka pintu bilik dan membawa masuk bagasi-bagasinya ke dalam bilik. Dia masih termangu-mangu melihat keadaan bilik yang terpelihara rapi.
“Bilik ni convenient. Ada pintu ke toilet yang kat dapur tu. Bila kamu masuk toilet, kunci pintu yang ke dapur tu,” jelas Pak Su. Dia kagum dengan usaha Pak Su menjaga rumah itu. Mungkin hanya Pak Su yang memahaminya berbanding saudara-mara lain, malah keluarganya tidak memahaminya.
“Thanks for the info Pak Su.”
Pak Su membiarkannya bersendirian. Dya terus merebahkan tubuh ke atas katil antik milik arwah nenek, cuma tilamnya empuk. Fikirannya melayang lagi…
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
“Why do you want to be a model? You’re far from qualified as a software engineer programmer,” kemusykilan Tom, modeling agency representative itu jelas meletakkannya kepada hakikat Dya lebih layak menjadi software engineer programmer berbanding catwalk model.
“Are you saying that all catwalk models are bimbos?”
Kebetulan, beberapa orang model yang lalu-lalang di kaunter mereka berurusan terdengar komen Dya lalu mencebik, ada juga yang menjeling sakit hati mendengar komennya. Dya cuma senyum sinis.
“No… It’s just I’m too impressed that you’ve decided to be a model instead of a programmer. The
girls here will be envious of you.”
“I’m aware of that already. So, you taking me in or not?”
Tom tak banyak soal lagi. Dia terus sediakan dokumen-dokumen wajib untuknya. Baginya, kehadiran bakal model intektual seperti Dya amat bermakna untuk uplift sesebuah modeling agency terkemuka seperti itu.
“Welcome aboard, Ms. Dya,” ucap Tom, sambil menyerahkannya dokumen-dokumen tersebut. Dya senyum puas.
“Oh! Remember, your training starts 9am sharp tomorrow. Don’t be late. Ms. Bunchen hates late comers,” pesan Tom. Dya senyum lagi, dia tahu dia bukan seorang late comer.
“Alritey. I won’t.” Dengan itu, dia melangkah keluar bangunan agensi itu. Dya puas. Cita-citanya tercapai untuk menjadi model di kota metropolitan fesyen itu. Bermulalah kariernya sebagai model di situ…
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
“Dah selesai berangan? Tak nak makan ke?” Suara Pak Su memecah angan Dya dari luar pintu bilik. Terlelap pula dia.
“Makan dulu la Pak Su. Saya lom mandi lagi ni,” ujarnya. Dya mencapai tuala lalu melangkah malas ke bilik air. Segayung air dicurah ke kaki. Sejuk terus meresap ke tulang sum-sum. Dya menggigil sekejap, kemudian mengagahi mencurah air ke seluruh tubuhnya. Mengggigil-gigil dia menahan sejuk. Terus dia mencapai tuala dan mengesat kering tubuhnya dan melangkah keluar bilik air. Bagasi pakaian dibuka dan dia capai saja apa-apa pakaian yang boleh. Kemudian Dya terus keluar, menemani Pak Su makan di ruang makan. Lauk: ikan pari masak asam pedas kegemaran membuka seleranya untuk terus makan.
“Sedap ni Pak Su. Beli ke masak?” Soalnya.
“Masak. Suka?”
“Mesti la, ni kan lauk favourite Dya. Kat NY mana dapat masakan camni,” ujar Dya. Pak Su senyum. Jelas anak buah kesayangannya itu masih mengekalkan selera dan cara hidup Melayu, walaupun sudah 10 tahun Dya menetap di sana.
“Bekas suami kamu takde datang cari kamu ke lepas cerai?” Soalan killer Pak Su membantutkan selera makannya sekejap. Dya merenung wajah Pak Su lama. Kemudian dia sambung menyuap nasi ke mulut, mengunyah perlahan-lahan.
“Orang dah senang, mana nak ingat kat kita lagi kan…” Pak Su cuba meneka jawapan yang bermain di benak anak buahnya. Dya angguk perlahan, mencubit lalu mengunyah ketulan ikan pari yang masih belum dijamah.
“Dia dah cakap jangan cari dia lagi. Sayapun nak mula hidup baru kat sini, sebab tu saya balik,” jawab Dya. Pak Su angguk.
“Pak Su nak keluar jap lagi. Nak ikut?”
“Gi mana?”
“Jumpa Pak Ngah. Mungkin kamu boleh tolong dia, dia wat homestay kat kampung ni.”
“Wah, hebat. Ni mesti dia dapat ilham masa saya gi study dulu kan?”
Pak Su senyum. Dya menghabiskan suapan terakhir. Kemudian dia mengumpul segala pinggan mangkuk kotor di atas meja dan bawa ke dapur. Pak Su turut membantunya menyusun pinggan mangkuk yang siap dibilas ke rak pinggan.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Pak Ngah sekeluarga menyambut mereka di beranda rumah. Setelah bersalaman dengan Pak Ngah sekeluarga, Dya duduk bertimpuh di beranda, malas hendak masuk ke dalam rumah Pak Ngah. Masih tak banyak perubahan di rumah Pak Ngah: anak-anaknya yang kecil, Azwan, Azwa dan Izwan masih berlari-larian dalam rumah tanpa mengendahkan amaran orang tua mereka, pakaian yang baru diangkat dari jemuran masih belum berlipat di ruang tamu, Adan, anak sulung mereka masih leka menonton TV meskipun ada tamu. Mak Ngah, yang dengan berhati-hati menatang dulang berisi teko kopi dan cawan, jenuh mengelak anak-anaknya yang berlarian.
“Wan, Wawa, Iwan…” Suara Pak Ngah tegas untuk kesekian kalinya. Ketiga-tiga beradik itu terus berhenti berlari. Mereka memerhati ayah mereka, kemudian ibu, Pak Su dan akhir sekali Dya.
“Kak Dya dah balik!” Mereka gembira, terus meluru dan memeluk Dya.
“Hai.. Kak Dya dah duduk 5 minit kat sini kamu boleh tak perasan. Leka main la ni…” Seloroh Pak Su. Dya senyum. Azwa atau panggilan manjanya Wawa duduk di sebelahnya.
“Kak Dya, nanti besar Wawa nak jadi macam akak. Jadi model,” ujar Wawa. Wajah Mak dan Pak Ngah terus berubah. Dya faham maksud perubahan wajah mereka.
“Tak best la jadi model. Wawa kan pandai, jadi la doktor ke, cikgu ke…” Dya cover line.